Ni gambor sebagai hiasan....
Kereta wira 1.8 gsr turbo teman dah siap...... kemungkinan teman akan berehat dari dunia HAM untuk sementara...... nak tumpukan perhatian pada pemanduan...... dah rindu bebenor teman kat daya pecutan gsr teman tu... bukannya tak berminat dengan dunia amatur ni. Kekadang tu teringat kat istilah yang diwar-warkan oleh dunia pelancongan dulu tu....... katanya kalau tak kenal maka tak cinta..... jadi teman mengenali dunia amatur ni supaya jatuh cinta dengan dunia amatur.... tapi sesetengah orang istilah tu disambung dihujungnya.......... tak taulah apa ke maksud tersirat dan tersurat.......... apa ke istilahnya teman tak nak la huraikan.
Dunia permotoran ni kalau kena dengan tempatnya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.... kata omputih dragster... orang kita kata lumba pecut... istilah lain pulak sprint. Events yang dah berlangsung kat Litar Pulau Dato' Sagor di Kg Gajah, Perak pun dah menjana pendapatan untuk kelab sekitar 25k. Apa taknya, sekali event dapat 6-8k bersih selepas ditolak kos. Drag ni berbeza dari drift. Drag ialah lumba pecut umpama lari 100 meter. Drift ni pulak ialah mengaplikasikan daya apungan pada badan kereta..... macam kereta tu terapung.... tayar berpusing ligat tapi kereta masih di tempat yang sama. Sistem ini digunakan semasa mengambil selekoh yang tajam.
Komponen-komponen yang terdapat pada sistem turbo ialah:
Ni gambo blow off. Yang mengeluarkan bunyi bersin tu ... ni la dia
Ni pulak gambo intercooler... tujuan untuk menyejukkan angin yang di jana oleh kipas turbo ke throtle body..... memberikan kuasa mampatan yang selesa untuk sistem pembakaran minyak.
Haaaa.... ni la yang memberikan kepuasan bunyi pada enjin turbo.... namanya wastegate..... bunyinya cukup garang...... dijanakan oleh tekanan angin yang keluar dari sistem ekzos...
Dari sudut lain.......
Dari sudut lain............
Kemahiran drift ni hanya boleh dikuasai sekiranya terdapat 4 unsur dalam diri pemandu tu iaitu keberanian, kemahiran, kecekapan dan juga kefahaman dalam sistem itu berfungsi.
Kepala teman tengah berkecamuk nih... XYL kata nak pindah balik 'kampung', teman lak dah seronok kat sini. Entahlah nak kena buat sembahyang Istiqarah ni gamaknya... minta petunjuk..
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan