Jumaat, Ogos 28, 2009

Motorbike harmonic teman balik kampung

Hari ni teman balik kampung lagi........... dengan jelopi turbo...........satu family..............




Harmonic punya motobike..........

Selasa, Ogos 25, 2009

Balik Kampung sebab rindu benda ni.........

Jeruk buah cukup banyak

Minuman yang ni............ kalau lambat melepas.


Masak percik yang menjadi kegemaran ramai

Ikan tengah bakar panas-panas....

Gulai daging Itik Serati

Pajeri (acar) nenas

Ayam percik

Keli bakar percik

Kari lemak ayam

Gulai angsa



Pekan Beris Kubur Besar (jln belakang)


Jalan masuk ke kg teman ikut Pekan Beris Kubur Besar.

Jalan masuk ke kg teman ikut jalan Kg Bekelam


Jalan masuk ke kg teman ikut jalan Kg Badak

Tanaman tembakau yang popular di Bachok


Kg. teman ni....... dikelilingi oleh sungai........ kaki pancing memang cukup suka...... mlm hari jer.....


Di tepi sungai pulak....... ada sawah padi dan kebun sayur....... dan jalan tali air





Jambatan yang akan menghubungkan kg teman dengan pekan Bachok(short-cut)


Antara yang sempat dirakam


Yang ni ikan Patin masak tempoyak


Orang kampung teman pun cari lauk kat sini


Suasana dan kerenah



Bila ku tatap wajah lauk-pauk yang ada dalam bekas tu............waduh-waduh........goyang jugak iman ku seketika............di pasar ramadhan di Beris Kubur Besar. Itu belum lagi ke Padang bas di Kota Bharu. Pendek kata macam-macam ada. Tak rugi rasanya balik dengan kuda besi...... kalau yang suka makan dan untuk besarkan perut......kat sini la tempatnya....

Isnin, Ogos 24, 2009

Indahnya dunia ini.

Teman dapat sepanjang perjalanan ke kampung. Melalui pos lojing teman ambik shortcut melalui balai polis lojing. Ngeri jugak bila tengok curam yang hanya 3 kaki jer dari tayar kuda besi teman. Tapi alah bisa tegal biasa. Hujan yang rintik-rintik menambahkan lagi kesukaran kawalan. Namun teman sampai jugak ke highway semula. Seronok, puas, letih, risau, suka, dan macam-macam lagi.
Antara pemandangan yang dapat dirakam......


Tu dia...... sama tinggi dengan puncak yang ada kabus tu.



Belum pakai baju ujan...... maklum ler ujan belum lebat....



Belum pun sampai ke Gua Musang, teman punya handycam kena air hujan. 'Dew Detect' katanya, aduh...... nampak gayanya........... tak dapek la teman nak ambik gambo kat Gua Musang pulak.
Singgah sembahyang Asar kat Gua Musang sambil tu..... isi minyak... ngam-ngam setangki.... RM8.00......... perjalanan diteruskan.
Sampai Machang tuang minyak lagi sekali setangki RM8.00 Singgah kat gerai makcik tepi jalan. Beli 'air tuak'....dalam bahasa surat air nira kelapa. Lepas tu...... orang azan maghrib. " Nah... nak.... buat buka..." katanya sambil dihulurkan kuih akok empat ketul. Sempat jugak jeling kat anak daranya yang tersenyum dari tadi.... mungkin geli hati tengok motor teman yang ada antena tinggi tu kot.

Lepas tu teman meneruskan perjalanan ke Bachok. Sampai dah jam 8.20mlm

Lepas makan malam dengor org duk QSO........gatal nak pegang PTT.... apa lagi kena pukat. Maklum ler balik jarang-jarang............"kami belanja makee colek pauh... bukannya apa ....time cuti jah bulih jumpak mung" katanya.. try switch on balik teman punya handycam..... cun..... nasib baik..........dah boleh ....air dah kering kot.

Sajer bawak........ nak kongsi pengalaman dengan diorang balik dengan kuda besi....... Balik jam 12.20 malam.
Esoknyer...........
Ternampak pulak adik teman keluarkan laptop.... tu pasal cerita ni ada kat blog... bye.....

Khamis, Ogos 13, 2009

RAE 2009-1 result disini

Result keseluruhan boleh tengok di sini. Sila Klik

RAE 2009 results dah keluar

Tahniah pada yang lulus dan yang tak berjaya, cuba lagi.

http://rae.skmm.gov.my/

Selasa, Ogos 04, 2009

Handsfree yang bahaya

video From India

Ahad, Ogos 02, 2009

dapat 3 botol

Petang tadi teman ke Gua Musang naik kuda besi...... sampai balik ipoh jam 19.00 hours. Dapat le 3 botol budu cap ketereh. Pas tu ke Kuala Kangsar ambik durian. Singgah pulak di Taman jati Jelapang, makan durian sama-sama dengan AOC, XXZ, AEK, HBC dan PJE. Dapat durian free jadi sama-sama rasa.