Sabtu, Jun 27, 2009

Berhenti rehat

Perjalanan ke Kg. memang memenatkan. Tapi syukurlah nenek teman selamat. Biasalah orang tua ni tak suka ke hospital dan lebih suka jumpa bomoh. Alhamdulillah, nenek teman dah beransur pulih dari penyakitnya. Kat Kelantan ni ada ramai bomoh yang handalan dalam mengubati orang dan ada juga yang boleh buat orang. Teman pun mampu buat orang cuma malas jer. Sebab tu ada seorang harmonik jer.




Hentian ini yang mempunyai air terjun dalam proses pembaikan. Kalau nak mandi kat air terjun tu berhati-hati sebab ada tempat yang dalam dan terdapat gua di sebalik dasar air terjun tu.


Bersama famili sebelah xyl adik teman. Sempat konvoi sampai Gerik sebelum masing-masing mengambil haluan yang berbeza.



Selasa, Jun 23, 2009

Balik Kampung Emergency

Panggilan telefon dari 9W2DIG mengatakan nenek teman jatuh sakit dah dua hari dah. Esok hantar SWAL MAT ke Peperiksaan RAE. Lepas tu mungkin terus balik ke Kampung untuk melihat nenek kesayangan teman tu. Dah berumur lebih 80an masih lagi buat kerja kampung. Risau pulak kalau tak balik, silap silap haribulan ituler hari terakhir teman dapat tengok dia.

Mungkin Balik Kampung

Panggilan telefon dari 9W2DIG teman terima jam 10.17 hours hari ini mengatakan nenek teman jatuh sakit dah 2 hari. Teman berbelah bagi. Esok nak hantar SWL MAT ke pusat peperiksaan RAE. Dah janji pun. Mungkin balik kg hari Khamis dan Jumaat.
.
.
.

Isnin, Jun 22, 2009

Blog VEE9-sembilan-sembilan

Untuk pengetahuan rakan-rakan, blog ini telah dipadamkan.
Ini adalah kerana 9W2MVA telah menyuarakan ketidak puasan hati beliau bahawa VEE-sembilan-sembilan adalah nama syarikat beliau. Dan beliau tidak membenarkan nama tersebut digunakan oleh saya sebagai nama blog VEE99. Oleh yang demikian saya telah menerbitkan satu laman lain sebagai laman rasmi VEE99. Untuk terus ke laman baru ini sila klik di sini.

Ahad, Jun 21, 2009

popular di tv


Di Malaysia pun ada spongebob.


Sabtu, Jun 20, 2009

Ladap 20.6.09



Hari ni satu lagi slot untuk kursus dalaman. Banyak juga pengisian kursus yang terpaksa teman jalankan sebagai pembantu penceramah. Antaranya cara buat peta minda, buat email, buat blog dan buat movie.

Minggu lepas cuti

Minggu yang amat sibuk. Walau bagaimanapun teman korbankan sedikit masa untuk bersama-sama dengan rakan swal ke peperiksaan RAE di Pulau pinang nanti. Harapan teman agar semua swal yang akan mengambil peperiksaan itu nanti akan berjaya lulus. Dan seterusnya melangkah lebih jauh dalam dunia radio amatur ini.

Selasa, Jun 09, 2009

Cuti-cuti Malaysia


Operasi candat sotong dan program memancing memang best. Operasi dua dalam satu. Sedikit gambar dan video untuk dikongsi bersama.






video
Jurukamera : Abg. Salehan. (9W2SBD)