Selasa, Mac 31, 2009

Freeerideeee ke Cameron Highlanders

Mari kita sama-sama memeriahkan suasana konvoi suka-suka takde marshal........ cuma suka-suka naik bukit ke Cameron highlands. Setelah kegembiraan dirasai semasa konvoi ke Kuala Sepetang 2 bulan lalu... maka keseronokan ini akan dibawa ke lokasi lain.. kepada peserta yang ingin turut serta bolehlah menyediakan baju hujan, pam angin, tiub motor untuk persediaan sekiranya tayar motosikal pancit, dan juga minyak petrol spare dalam satu liter.... manala tau kot-kot dalam perjalanan tu ada tempat yang lain yang nak dituju... contohnyer kolam air panas di jalan lojing ke Gua Musang atau sbgnya.. maklumlah jalan yang baru dibuka mungkin ada tempat-tempat menarik yang baru dijumpai....


Ni taman rama-rama........ nak masuk kena bayar tiket........dewasa RM 5.00 Kanak-kanak 3thn hingga 11thn RM 2.00.... jadi rancangkanlah perbelanjaan dari awal... kalu taman madu lebah masuk free jer...

Kat sini nak bergambar free jer cuma dia punya minum teh kena bayar ler.... harga wow boleh kata mahal jugak.... RM 4 secawan lebih kurang.... rasa uuuuih kelat kaw kaw rasa tehnya.



Yang ni pulak pokok periuk kera species yang besar sikit..... harga sekitar RM 30 sepokok... biasanya harga pada hari Sabtu dan Ahad memang gila-gila sikit.......... berbeza dengan hari biasa lebih murah..



Jentera teman ni memang boleh dipercayai.. dah 2 kali ke Kota Bharu, Kelantan dari Ipoh... tak der masalah.. slambe jer... kelajuan purata 100km/j. Satu kali ikut jalan Grik dan satu kali ikut jalan lojing Gua Musang... best giler tu... Sekiranya teknik menunggang betul masalah sakit pinggang tak akan dialami...



Haaaa.... yang ni kelapa laut afrika. Rasanya memang manis.. Satu gelas RM 2.00 sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan