Khamis, Mac 05, 2009

Merenung kembali masa silam

Teman hanya insan kerdil yang bersyukur kerana diberikan tubuh badan yang sihat serta fikiran yang waras. Bagi teman nasihat dan komen yang membina amatlah dialu-alukan tetapi janganlah nasihat dan pandangan yang menjurus kepada kepentingan diri.
Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis??????? Entah ler.. tergerak hati teman untuk mencoretkan luahan rasa teman diblog ni. Cerita bergambar.... dimasukkan kemudian nanti sebab dalam bentuk hard copy. Nak kena scan dulu.....

Teman mula menjejakkan kaki di perantauan semasa umur teman di bangku persekolahan semata-mata kerana ingin membantu ibu yang pada masa itu terpaksa menyara 8 orang adik beradik teman. Teman anak yang kedua...cuti SPM yang panjang maka sampailah teman ke Singapura awal 90an. Bermula sebagai pekerja "stager" di syarikat menbuat pelantar minyak. Kerjanya pasang lantai di tempat tinggi seperti di dinding luar kapal laut. Seterusnya dihantar ke bahagian "cleaner" supaya dapat lebih banyak overtime. Gaji pertama teman dapat berjumlah 287.50 dollar singapore untuk seminggu kerja. Masa tu tukar duit Malaysia dapat ler 530.00 lebih kurang.

Result SPM aliran sains dapat cemerlang.. Teman sambung bersekolah di SMK Kamil, Pasir Putih, Kelantan. Tingkatan 6 aliran Sains.... tak sampai sebulan teman tukar ke aliran sastera...... sebab mendengar kata-kata rakan.... kononnya aliran sains tu susah. Duk rumah sewa so teman buat parttime kerja di stesyen minyak Petronas di bandar Pasir Putih dengan gaji RM5 sehari dari pukul 3.00 ptg sampai 10.00 malam. Periksa STPM dapat ler 1e5f. Kecewa dengan result periksa tu... teman kembali ke Singapura dan bekerja sebagai "cleaner". Tugasnya membersihkan perut kapal tangki dari sebarang anasir minyak dan air supaya pekerja bahagian lain boleh bekerja ditempat itu dengan selesa. Lepas tu kekal ler teman dalam kerja sebagai "grinder" ....... canai besi kata org klate.

Cuba isi borang ITM pakai sijil SPM. Akhirnya teman ditawarkan belajar di Institut Teknologi Mara di cawangan Kelantan... masa tu di area Pantai PCB...(sekarang dah ditukar ke Machang).... Cuti Hujung semester dua teman accident lalu tak mendaftar untuk semester tiga. Pensyarah ITM datang rumah bawa borang cuti dan nasihatkan teman ambik cuti satu semester.. sembuh jer dari kemalangan tu teman buat kerja kampung.... ambik upah panjat pokok kelapa... kupas sabut kelapa... dapat ler upah. Lepas tu member ajak kerja jadi kuli di kilang awet tembakau... lumayan jugak gajinya... sehari RM15. Habis musim tembakau member-member ajak kerja nelayan di Mersing... Banyak dapat ikan..... banyak la dapat duit... purata satu hari RM 30... Akhirnya cuti satu semester yang teman mohon tu tamat... Teman daftar masuk balik ke ITM untuk sambung semester 3..

Cuti hujung semester 3 teman ke Kuala Lumpur lalu bekerja di salah sebuah hotel lima bintang letaknya di Shah Alam. Minggu kedua kerja teman dapat telegram supaya balik segera. Gaji pun tak sempat ambik. Rupa-rupanya dalam diam mak teman isi borang maktab. Teman ditawarkan masuk ke maktab perguruan Mohd Khalid di Johor Bahru. Teman adalah ambilan kedua jadi masuk lewat sikit dari guru pelatih yang lain.... terselamat teman dari upacara meragging....

Susah juga nak sesuaikan diri. Lama kelamaan teman terima kenyataan bahawa teman adalah golongan pendidik. Rasa diri dihormati ke mana jua teman pergi. Mula di hantar ke sekolah untuk praktikum tahun 1994 di SK Kg Pasir, Skudai, Johor di mana Mamat Exist mula menunjukkan bakatnya dalam nyanyian.

Setelah itu, teman telah di postingkan ke Sekolah Kebangsaan Panchor, Mukim Johor Lama, Kota Tinggi. Mula bergelar Cikgu 1997. Gaji permulaan RM700. Setelah disahkan dalam jawatan 3 tahun selepas itu gaji teman melonjak ke angka RM1027. Banyaknyer rasa masa tu.... beli itu---beli ini..... teman dah ngantuk bersambung...............

1 ulasan:

Seseorang berkata...

Salam. Err... kalau tak keberatan, minta sambung kisah ini...

Catat Ulasan