Sabtu, Disember 12, 2009

Kali ke 2


My rides at the top area of Bukit Kledang. Nothing to do in these days. First of all got new friends not amateur radio groups. Just satu kapal mari.

Jumaat, Disember 04, 2009

My Temporary Ride


Tak tau ler sampai bila. Mungkin sampai tahun depan kot.

Rabu, November 11, 2009

Buat duit mudah. Klik jer dapat duit.

Khamis, November 05, 2009

Gitar elektrik dah siap


Khusus untuk persembahan murid hari penyampaian hadiah nanti.

Ahad, Oktober 25, 2009

pemilik 9m2nik

rbutan yang pasti sengit

Selasa, Oktober 20, 2009

Sedih jugak

Bila mengenangkan ada jugak murid di kalangan kumpulan yang pandai jawab macam ni.....

Selasa, Oktober 13, 2009

Minggu agak sibuk

Minggu peperiksaan. Kena menanda kertas. Nasib baik buat dalam OMR (Kertas Objektif). Senang sikit. Cuma ada la satu dua kertas yang kena tanda secara manual.

Harapan agar budak-budak teman ni lulus lah. Setidak-tidaknya yang tak boleh baca lagi tu.

Isnin, Oktober 05, 2009

Dah nasib

Teman punya jelopi tak repair lagi. Dia punya tiang external wastegate sudah patah. Nak repair hanya bawah pokok kat pekan lama jer boleh buat. Terpaksa naik kuda besi, pas tu hujan pulak ipoh petang ni dari 2.00pm sampai 7.00pm. Nasib-nasib...... terpaksa la berkampung kat Anja Club. Nasib baik bawa laptop..... buat kerja kat sini ler jawabnya.

Sabtu, Oktober 03, 2009

Bangunan runtuh di Fair Park


Gambar dirakam baru berlaku 10 minit





MYVi yang ranap mengorbankan 2 orang lelaki melayu berumur 24 tahun.

BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA
2 terbunuh kereta dihempap bangunan
03/10/2009 12:41am

Oleh Zaini Raban dan Amizul Tunizar Ahmad

IPOH 2 Okt. - Dua terbunuh manakala seorang cedera parah apabila kereta mereka dihempap sederet bangunan lama dua tingkat yang runtuh secara tiba-tiba di Jalan Kamaruddin Isa di sini kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Ketika kejadian, tiga remaja berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih itu sedang dalam perjalanan dari Taman Fair Park menuju ke pusat bandar.

Pemandu kereta tersebut cedera parah manakala dua rakannya yang menumpang mati di tempat kejadian.



Sehingga pukul 12.15 malam ini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 10.45 malam.

Menurutnya, semua mangsa daripada kenderaan berkenaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, tidak jauh dari tempat kejadian.



Katanya, runtuhan itu turut mengenai tiga buah kenderaan lain iaitu kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Honda Accord.

Bagaimanapun, katanya, semua pemandu dan penumpang tiga kenderaan itu tidak mengalami kecederaan serius.

``Setakat ini polis masih menyiasat punca kejadian dan kita difahamkan kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama ini memang sedang dijalankan sejak pagi tadi.

``Jadi kita mahu tahu sama ada kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama ini mengikut prosedur yang sepatutnya atau tidak,'' katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.



Zulkifli berkata, pihaknya juga sedang menyiasat siapakah pemilik bangunan tersebut bagi mendapatkan penjelasan secara lebih menyeluruh.

Katanya, bagi menjaga keselamatan awam, jalan tersebut akan ditutup kepada orang ramai sehingga kerja-kerja membersihkan runtuhan selesai dijalankan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sebuah kren yang dipercayai menjalankan kerja-kerja meruntuhkan tujuh pintu bangunan lama dua tingkat itu masih berada di tempat kejadian.

Kedudukannya begitu hampir dengan kereta Perodua Viva tersebut serta tiga lagi kenderaan yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut melawat tempat kejadian berkata, bangunan itu dimiliki oleh beberapa individu berlainan.

Katanya, difahamkan semua pemilik sudah bersetuju untuk merobohkan bangunan tersebut bagi membina bangunan baru.

``Saya juga difahamkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah memberi kelulusan untuk kerja-kerja merobohkan bangunan ini tetapi saya tetap mahu siasatan menyeluruh dibuat dengan segera.

``Ini termasuklah bagi menjawab persoalan kenapa kerja-kerja meroboh masih dilakukan pada waktu malam tanpa pemantauan MBI,'' katanya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri berjanji membantu keluarga mangsa yang terlibat.

- Utusan

Khamis, Oktober 01, 2009

Bom ammonia

Haram zade punya kutu...... kot ye pun bagi la salam dulu.... ni tak tengah2 minum terus jer meletup bom. Kuat pulak tu... bunyi terkepit. Lepas tu buat tak tau... pura-pura tak bersalah konon.

Ahad, September 27, 2009

Handycam

Dah kena curi ngan mangkuk mana tah, aku jumpa bomoh siam baru tau......

Tak sampai 10minit aku tinggalkan kereta aku tup-tup dah hilang.

Pakai camera murah ler lepas ni.

Khamis, September 24, 2009

Aku demam,


Nasib baik sempat beraya rumah sedara-sedara. Sejuk sangat masa memancing di Tok Bali malam lalu kot. Best jugak mancing kat sana. Banyak dapat ikan kekek, masak singgang, best.....

Sekarang tak leh ke mana-mana. Duk umah jer. Badan rasa berat, fikiran rasa berat.

Isnin, September 21, 2009

Meriahnya Aidilfitri


Keluarga dari adik beradik dari Kuala terengganu dan Kuala Kubu Baru


Keluarga Mak Saudara dari Besut

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan berlalu Syawal menjelma. Saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini.

Moga-moga hari yang mendatang di sambut dengan lebih bermakna.

Rabu, September 16, 2009

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabatNabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunandari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya merekaorang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerussemoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil danAl-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(MasjidNabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribuMalaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosaorang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuhketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada NabiAllah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hariQiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allahmengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalamSyurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruharadi Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalamsujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim sepertikilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yangteristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilahengkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada NabiMuhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar

Sambal belacan pun ada harga

Selasa, September 08, 2009

Lampu hijau

Tambah bini.............. jadi 202..

Ha ha ha ha ha ha ha jangan mare.....

Isnin, September 07, 2009

Jauhnya cari kuih

Semalam.....sajer jer nak keluar cari kuih... mula-mula tu nak cari akok di gua musang. Maklumla.... sedap.... kuih dia lembut bukan macam kuih kat sini....banyak tepung dari isi. Tapi sedar tak sedar sampai ke Bachok. Dengar dalam jalur ada menyuarat AJK AKRAB. Apalagi join ler sekali....dapat ler berita pasal echolink......alhamdulillah dah selesai kes tu....dan echolink disambung semula....syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Akrab atas kerja yang cemerlang...
Tak sia-sia teman support kelab ni dan daftar sebagai ahli seumur hidup. Memang ternyata kelab Akrab Bachok memang kelab yang semakin maju.

Besoknya teman order la air nira satu gelen..... buat stok untuk seminggu.... fuhhhh manisnya.... memang bessttt.

Rabu, September 02, 2009

Tak leh pegi..... dihalang.....


Dalam perjalanan ni selalu ada halangan untuk kita ke puncak.
Maklum le..... puncak tu depa ingat...depa yang punya......... sebab......... depa yang awal dulu ada kat puncak.

Air Tuak


Kemahiran yang paling penting bagi menceburi perniagaan ini.... Rasanya tak sama dengan air nira nipah........ ini lebih manis dan lazat....... gas dia lebih sikit.........



.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Motorbike harmonic teman balik kampung

Hari ni teman balik kampung lagi........... dengan jelopi turbo...........satu family..............




Harmonic punya motobike..........

Selasa, Ogos 25, 2009

Balik Kampung sebab rindu benda ni.........

Jeruk buah cukup banyak

Minuman yang ni............ kalau lambat melepas.


Masak percik yang menjadi kegemaran ramai

Ikan tengah bakar panas-panas....

Gulai daging Itik Serati

Pajeri (acar) nenas

Ayam percik

Keli bakar percik

Kari lemak ayam

Gulai angsa



Pekan Beris Kubur Besar (jln belakang)


Jalan masuk ke kg teman ikut Pekan Beris Kubur Besar.

Jalan masuk ke kg teman ikut jalan Kg Bekelam


Jalan masuk ke kg teman ikut jalan Kg Badak

Tanaman tembakau yang popular di Bachok


Kg. teman ni....... dikelilingi oleh sungai........ kaki pancing memang cukup suka...... mlm hari jer.....


Di tepi sungai pulak....... ada sawah padi dan kebun sayur....... dan jalan tali air





Jambatan yang akan menghubungkan kg teman dengan pekan Bachok(short-cut)


Antara yang sempat dirakam


Yang ni ikan Patin masak tempoyak


Orang kampung teman pun cari lauk kat sini


Suasana dan kerenah



Bila ku tatap wajah lauk-pauk yang ada dalam bekas tu............waduh-waduh........goyang jugak iman ku seketika............di pasar ramadhan di Beris Kubur Besar. Itu belum lagi ke Padang bas di Kota Bharu. Pendek kata macam-macam ada. Tak rugi rasanya balik dengan kuda besi...... kalau yang suka makan dan untuk besarkan perut......kat sini la tempatnya....

Isnin, Ogos 24, 2009

Indahnya dunia ini.

Teman dapat sepanjang perjalanan ke kampung. Melalui pos lojing teman ambik shortcut melalui balai polis lojing. Ngeri jugak bila tengok curam yang hanya 3 kaki jer dari tayar kuda besi teman. Tapi alah bisa tegal biasa. Hujan yang rintik-rintik menambahkan lagi kesukaran kawalan. Namun teman sampai jugak ke highway semula. Seronok, puas, letih, risau, suka, dan macam-macam lagi.
Antara pemandangan yang dapat dirakam......


Tu dia...... sama tinggi dengan puncak yang ada kabus tu.



Belum pakai baju ujan...... maklum ler ujan belum lebat....



Belum pun sampai ke Gua Musang, teman punya handycam kena air hujan. 'Dew Detect' katanya, aduh...... nampak gayanya........... tak dapek la teman nak ambik gambo kat Gua Musang pulak.
Singgah sembahyang Asar kat Gua Musang sambil tu..... isi minyak... ngam-ngam setangki.... RM8.00......... perjalanan diteruskan.
Sampai Machang tuang minyak lagi sekali setangki RM8.00 Singgah kat gerai makcik tepi jalan. Beli 'air tuak'....dalam bahasa surat air nira kelapa. Lepas tu...... orang azan maghrib. " Nah... nak.... buat buka..." katanya sambil dihulurkan kuih akok empat ketul. Sempat jugak jeling kat anak daranya yang tersenyum dari tadi.... mungkin geli hati tengok motor teman yang ada antena tinggi tu kot.

Lepas tu teman meneruskan perjalanan ke Bachok. Sampai dah jam 8.20mlm

Lepas makan malam dengor org duk QSO........gatal nak pegang PTT.... apa lagi kena pukat. Maklum ler balik jarang-jarang............"kami belanja makee colek pauh... bukannya apa ....time cuti jah bulih jumpak mung" katanya.. try switch on balik teman punya handycam..... cun..... nasib baik..........dah boleh ....air dah kering kot.

Sajer bawak........ nak kongsi pengalaman dengan diorang balik dengan kuda besi....... Balik jam 12.20 malam.
Esoknyer...........
Ternampak pulak adik teman keluarkan laptop.... tu pasal cerita ni ada kat blog... bye.....