Ahad, September 27, 2009

Handycam

Dah kena curi ngan mangkuk mana tah, aku jumpa bomoh siam baru tau......

Tak sampai 10minit aku tinggalkan kereta aku tup-tup dah hilang.

Pakai camera murah ler lepas ni.

Khamis, September 24, 2009

Aku demam,


Nasib baik sempat beraya rumah sedara-sedara. Sejuk sangat masa memancing di Tok Bali malam lalu kot. Best jugak mancing kat sana. Banyak dapat ikan kekek, masak singgang, best.....

Sekarang tak leh ke mana-mana. Duk umah jer. Badan rasa berat, fikiran rasa berat.

Isnin, September 21, 2009

Meriahnya Aidilfitri


Keluarga dari adik beradik dari Kuala terengganu dan Kuala Kubu Baru


Keluarga Mak Saudara dari Besut

Sabtu, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan berlalu Syawal menjelma. Saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini.

Moga-moga hari yang mendatang di sambut dengan lebih bermakna.

Rabu, September 16, 2009

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabatNabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunandari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya merekaorang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerussemoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil danAl-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(MasjidNabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribuMalaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosaorang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuhketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada NabiAllah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hariQiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allahmengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalamSyurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruharadi Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalamsujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim sepertikilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yangteristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilahengkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada NabiMuhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar

Sambal belacan pun ada harga

Selasa, September 08, 2009

Lampu hijau

Tambah bini.............. jadi 202..

Ha ha ha ha ha ha ha jangan mare.....

Isnin, September 07, 2009

Jauhnya cari kuih

Semalam.....sajer jer nak keluar cari kuih... mula-mula tu nak cari akok di gua musang. Maklumla.... sedap.... kuih dia lembut bukan macam kuih kat sini....banyak tepung dari isi. Tapi sedar tak sedar sampai ke Bachok. Dengar dalam jalur ada menyuarat AJK AKRAB. Apalagi join ler sekali....dapat ler berita pasal echolink......alhamdulillah dah selesai kes tu....dan echolink disambung semula....syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Akrab atas kerja yang cemerlang...
Tak sia-sia teman support kelab ni dan daftar sebagai ahli seumur hidup. Memang ternyata kelab Akrab Bachok memang kelab yang semakin maju.

Besoknya teman order la air nira satu gelen..... buat stok untuk seminggu.... fuhhhh manisnya.... memang bessttt.

Rabu, September 02, 2009

Tak leh pegi..... dihalang.....


Dalam perjalanan ni selalu ada halangan untuk kita ke puncak.
Maklum le..... puncak tu depa ingat...depa yang punya......... sebab......... depa yang awal dulu ada kat puncak.

Air Tuak


Kemahiran yang paling penting bagi menceburi perniagaan ini.... Rasanya tak sama dengan air nira nipah........ ini lebih manis dan lazat....... gas dia lebih sikit.........



.